Saturday, April 16, 2011
perjuangan
hakikatnya hidup di alam ini adalah satu perjuangan yang amat mencabar.Hidup dan mati adalah satu ujian dari Ilahi yang Satu.Bagi membezakan siapakah diantaranya yang bertakwa dan tidak. selagi nafas tidak berhenti, selagi itulah diri diuji oleh Allah.Ujiannya adalah untuk menempatkan kita sama ada di syurga mahupun Neraka!!!segala-galanya adalah untuk Mu ya Rabbi.bantu lah Kami dalam memperbetulkan segala-galanya dalam mencari Redho Mu.campak lah Nikmat Kesabaran Dalam diriku ya Allah. Bantu lah kami setiap masa..Kami amat memerlukanMu...Terima Kasih Allah
Thursday, March 10, 2011
peluang
ia hadir hanya sekali
manfaatkan lah ia dengan sebaik-baiknya
tatapinya dengan penuh kehalusan
jujur dan ikhaskanlah dengannya
kerna ia bisa mengubah kehidupanmu
sekarang ianya bagaikan api
namun kelak ia mampu menjadi air
genggamlah ia sampai menjadi debu
pasti kelak ia akan memberi senyuman padamu
bersusah-susah dahulu
bersenang-senang kemudian
jangan biarkan ia dilepaskan dengan sia-sia
kerana penyesalan dikemudian hari TIADA GUNANYA
bangkitlah dalam penuh kesedaran dan keinsafan
ia bermakna buatmu ibu
ia bermakna buatmu ayah
ia bermakna buatmu insan tersayang
ia bermakna buatmu masyarakat
ia bermakna buatmu bangsa
ia bermakna buatmu agama
ia bermakna buatmu bumi
tetapi ingat!!!
jika leka akan membawa malapetaka
jika biarkan akan membawa penyesalan
jika sia-sia akan membawa kesukaran
pastikan ia tidak menyukarkan perjalanan disini
gagal merancang adalah merancang untuk gagal
sedarkan diri dengan akal yang bertunjangkan keimanan
agar hidup tidak tertipu dengan PELUANG!!!!

akhirnya
allahuakhbar kerana telah mencampakkannya ke dalam diriku
alhamdulillah kerana membuatkan aku mampu bangkit
subahanallah kerana menyedarkan aku dari lena
masyallah kerana telah membentuk satu harapan yang jelas
astghafirullah kerana masih diberi kesedaran sebelum terlambat
segala puji-pujian untukMu ya Ilahi...

diri
jadilah seorang yang peka dengan keadaan
jadilah seorang yang aktif pabila mendengar
jadilah seorang yang bersyukur pabila menikmatinya
jadilah seorang yang bijaksana pabila dicabar
jadilah seorang yang pintar pabila berhujah
jadilah seorang yang sabar pabila ditimpa musibah
jadilah seorang yang berhemah pabila berbicara
jadilah seorang yang memberi dari menerima
jadilah seorang yang berfikir pabila membuat keputusan
jadilah seorang yang 24jam beribadah kepada Allah pabila dikurniakan nafas

hadirnya
realiti
bertentangan
hati nak buat baik
tetapi tingkah laku tidak sepertinya
berkata-kata dengan benar
tetapi tindakan tidak membenarkannya
impikan kejayaan yang terbaik
tetapi usaha hanya menuju kepada yang kurang sempurnanya
diri mahu berbuat kebajikan
tetapi ia dilakukan kerana inginkan pujiannya
lantang menyuarakan isu gah wataknya
tetapi sayang ia hanya penampilan luaran dirinya
hakikatnya penampilan tidak lah sama dengan realiti hakikat....

inginkan
hati
Friday, January 14, 2011
kehidupan di alam "bayi"
dirinya amat lemah diketika ini.memerlukan sokongan dan belaian dari insan yang terdekat dan tersayang.kadang-kadang diri ini boleh terjatuh jikalau ia tidak dipapah dengan betul.namun diri ini amat memerlukan kesempurnaan yang fitrah sebagai manusia.usaha yang berterusan pasti akan mendapat hasil yang berkualiti dan bermanfaat setiap masa.namun begitu tidak dapat dinafikan pada saat ini diriku amat memerlukan perhatian,jagaan,kasih sayang dan tunjuk ajar yang teliti dan halus serta berhemah.Hal ini adalah bagi memastikan diri ini tidak terjatuh dan kehidupannya berjalan lancar.Penjagaan yang ikhlas akan menghasilkan sesuatu yang baik dan suci. kini perlahan-lahan langkahku agar aku boleh menjadi bayi yang aktif dan sentiasa proaktif."Ya Allah ketemukanlah daku dengan insan yang benar-benar dapat mencorakku dengan kehendak Mu."ampunkan lah dosa-dosaku ya Ilahi.
Sunday, January 09, 2011
matlamat 2011
1)mencatatkan dan melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat untuk tahun ini demi Ilahi
2)memikul amanah dengan jayanya tanpa keluh kesah dan terburu-terburu semata-mata untuk Mu ya Rabbi
3)memupuk sifat sabar dan tabah dalam menghadapi hari-hari yang akan mendatang.
*apa yang ada pada ku adalah anugerah dari Ilahi yang akan dikembalikan suatu hari kelak.oleh itu,jangan lah anda tertipu pada diri sendiri.selamat menjalani kehidupan dengan hati yang tenang dan sabar.agar kembalinya kelak ke alam hakiki tidak ada penyesalan......

Friday, November 26, 2010
jadual
hari ini akan ku berangkat ke kampung halaman ku.Harapanku adalah dengan kepulangan ku akan membawa seribu makna.Kanku lakukan yang terbaik demi mencapai matlamat yang telah dilakarkan."hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih"-lakukan sesuatu yang berrmanfaat agar kehidupan ini amat bermakna.Segala-galannya ada dalam genggaman diri anda.Jadikan kehadiran anda dapat memberi sinaran dan keceriaan pada insan disekeliling anda.Semoga dapat mematuhi segala apa yang disusunkan.yakin anda boleh!
Thursday, November 25, 2010
gembira
hari ini ku diberi izin untuk berkata-kata benar.kebenaranku itu disambut dan disahut.pada saat manusia lain diulik mimpi.ku harapkan ia disaksi oleh yang maha Esa.berdebar-debar jantungku.namun segala-galanya sudah diluahkan.sabar sahaja dirimu mendengarinya.demi perkataan ku lafazkan dengan tulus ikhkas.moga ia dapat mewarnai kehidupanku ini sampai akhir ku "disini"...alhamdulillah.segala puji padamu ya allah....namun ku serahkan pada Ilahi dalam menentukannya....
Wednesday, October 27, 2010
maya
dari hatiku yang tulus ikhlas...
sepanjang mengikuti subjek sastera multimedia ini banyak mengajar saya tentang kehidupan yg realiti. selain itu,sungguh bermakna dan banyak pelajaran yg didapati dan boleh diguna pakai suatu hari nanti.selain menitik beratkan aspek akademik,ia juga mengajar aspek praktikal.tidak dinafikan kerjanya banyak namun ia dapat diselesaikan secara sistematik tanpa adanya tekanan perasaan yg boleh menjejaskan emosi saya.apa yg terkesan ialah saya diasah supaya menjadi manusia yang bijak mengatasi masalah apabila ingin menyelesai sesuatu perkara. tambah lagi,semangat kerjasama juga turut dipupuk dalam memastikan tugasan kumpulan dapat diselesaikan dengan jayanya.kuliahnya sungguh menarik dan terkesan.terima kasih Dr saya ucapkan dan restuilah segala ilmu yg dicurahkan kepada kami.doakan kami semoga berjaya.

Saturday, September 25, 2010
terima kasih cikgu
Lilin itu kembar cahaya
Kunci pembuka kegelapan
Penyuluh laluan yang kelam
Seorang guru
Bagai pendeta
Ditengah gelap malam
Dengan sebatang lilin ditangan
Terima kasih guru
tanpamu
laluanku pasti kekal gelita
mengajar erti kepentingan ilmu duniawi mahupun ukhrawi
sentiasa menggiring dalam mencapai cita-cita
tanpa
merasai jemu dan bosan dalam mendidik
sabar dalam melayani kerenah pelajarmu
tabah dan cekal dalam memastikan kejayaanku
tegas dalam mendisiplinkanku
guru
hanya ku doakan agar Allah merahmatimu
hanya pada Mu ya Robi ku serahkan segala-galanya
agar pengorbanan guruku dikurniakan ganjaran kekal abadi
hanya ku pinta restui lah ilmu yang dicurahkan
agar kejayaan yang digapai mendapat keberkatan yang hakiki
jasamu kan kukenangkan selagi hayat dikandung badan
jutaan terima kasih guruku

Bahtera Kehidupan
Selautan halangan harus kutempuhi
Segunung cita-cita ku genggami
Onak ranjau tanpa kesudahan yang pasti
Akal budi dan akal fikir yang menjadi nahkoda diri
Melayari kehidupan duniawi
Demi masa
Demi waktu
Demi usia
Demi detik
Kepekaan yang harus ditelusi
Agar bahtera penitian tidak kecundang
Hanya mengharapkan pancaran dari rahmatMu
Membawa keberkatan yang pasti
Ribut taufan pasti menghampiri
Eratkan talipintal ketauhidan
agar memperolehi keredhoaan Ilahi
Meniti sinaran kehidupan yang bercahaya umpama pelangi
Membawa bukti Tuhan yang wajib di Agongi
walau setitis kebajikan dikerjakan tetap dihisabkan
Penelitian yang halus amat diperlukan
Perancangan yang rapi perlu dilaksanakan
Dengan sejuta ketakwaan dan doa kepada-Nya
Memastikan bahtera berada pada landasan
Peredaran zaman menentukan kehidupan
Pelbagai kecanggihan yang dihasilkan
Pelbagai rintangan yang mendekati
Hanya iman yang menentukan halatuju
Hanya Al-Quran dan sunnah pembimbing bahtera
Memastikan pelayaran bahtera tidak musnah
Membawa erti kebahagiaan duniawiukhrawi
Memberi seribu makna ketenagan hakiki
Menjelaskan kebenaran dari Ilahi
Ketetapan kehidupan adalah dari azali
Sabar dan tenang adalah kunci kehidupan
Pasti dan yakinlah pada Tuhanmu
Pengatur yang satu

Tuesday, September 07, 2010
hujung ramadhan
Demi hari yang tak pernah berhenti selagi ia tidak berakhir.Bulan yang penuh berkah ini kian di penghujungnya.sayu dan terharu untuk meninggalkannya.entah sempat entah tidakbagi tahun yang seterusnya.pelbagai usaha dan cara ku lakukan untuk memanfaatkan saat genting ini.Permohonanku hanyalah kepadaMU ya rabbi.segala-galanya ku luahkan pada Mu Ilahi.ya maha Mendengar lagi MAha Mengetahuinya.Harapanku hanyalah keredhoaan dari sisiMu.ku hanya lah HAMBA ABDI di sini.selamat tinggal Ramadhan al mubarak.semoga kita bersua lagi.
Kuala Lumpur
Monday, August 30, 2010
teka-teki 31-35(jawapan)
31)terlak di anggota badan,menjadi ibu kepada seluruh anggota?(ibu jari)
32)terletak di kampung-kampung,badannya turun kebawah,ia memberi sumber minuman kepada manusia?(perigi@telaga)
33)bila keluar ia ikut,tapi bila nak masuk dalam rumah ia tinggalkan diluar sahaja,pelindung kepada diri?(selipar @ kasut)
34)aktiviti apa kalau nak main kena cari padang yang paling luas?(golf)
35)ianya kecil tetapi banyak maklumat yang boleh disimpan dan boleh dibawa keman-mana sahaja?(pen drive @ external)

teka-teki 26-30(jawapan)
26)ada seekor beruang,seekor unta,seekor gajah,mereka berkawan baik.Mereka ingin masuk kedalam sebuah peti bersama-sama.namun,ia tidak berjaya kerana badannya besar.tetapi bagaimanakah caranya mereka ingin menyelesaikan masalah itu.?
(masuk lah secara bergilir-gilir)
27)manusia biasa dapat merasainya saat ini bila sampainya waktu,bertahun lamanya menunggu,tetapi hanya dirasai dengan waktu yang singkat,seluruh manusia lain turut bersama,saat ini amat ditunggukan.apakah gelaran manusia impikan itu?(raja sehari@pengantin baru)
28)badannya panjang,ikhlas berkerja dengan masyarakat,tetapi bertolak ansur hingga waktu yang ditetapkan,tidak memarahi walaupun manusia menganayainya,ia merupakan tumpuan manusia.apakah itu?(komuter @lrt)
29)kapak boleh digunakan untuk memotong kayu,kapak apa yang boleh melegakan kesakitan?(minyak cat kapak)
30)siang dan malam ia muncul,siangnya ia malu malam ia menjadi berseri-seri,ia amat berguna kepada makhluk allah dalam menentukan sesuatu.apa itu?(bulan)

Subscribe to:
Posts (Atom)