Saturday, July 31, 2010

warkah untuk sahabat

Sahabat yang ku muliakan

Pergimu amatku rasai

Ketiadaanmu membawa kesunyian

Mengajarku erti berdikari

Walau pun kita berjauhan

Namun tetap potret mu ku lakari

Hanya kenangan yang kekal abadi

Sahabat

Susahsenang kita bersama

Ikhlas dalam ikatan persahabatan

Menyemai kasih dan sayang antaranya

Menjelaskan makna persahabatan yang hakiki

Sukaduka turut diselami bersama-sama

Tanpa resahgelisah yang kau lontari

Sahabat

Bahagianya tika kita bersama

Tenangnya tika kita menghadapi musibah

Berlumba-lumba tika kita melakukan kebajikan

Tidak pernah merungut dalam perlaksanaannya

Asasnya hanya berpegang kepada tali allah

Sentiasa menasihati dalam memperbaiki dirinya

Akhlak yang mulia peribadi yang unggul

Menjadi pegangan dalam pertalian persahabatan

Sahabat ...

Jika hari ini daku terlalu gembira,

Sedarkanlah daku dengan amaran-amaran ALLAH,

Jika ku bersedih tanpa kata,

Pujuklah daku dengan tarbiyyah PENCIPTA,

Jika ku lemah tak berdaya,

Ingatkanlah daku dengan kehebatan SYURGA,

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,

Ajaklah daku meleraikan segera,

Jika pernah hatimu terluka,

Luahkanlah agar daku berubah,

Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,

Iringilah lena ku dengan kalungan doa......

Doa Seorang Hamba-Mu

Ya allah ,Ya allah ,Ya allah

Ya Rahman Ya Rahim Ya Aziz

Ya Sami’ Ya Basit Ya Latif

Selawat dan salam ke atas kekasih Allah

Muhammad dan sahabat-sahabatnya

Ya Allah

Aku hanya mahu bermanja dengan – Mu

Tiada sesiapa yang dapat memahami diriku

Kecuali Engkau Ya Robi

Ya Allah

Jika keadaan ini lebih baik bagiku

Yang aku sendiri tidak mengetahui hikmahnya

Maka kepada Engkau aku menyerahkan seluruh umur dan usiaku

Ya Allah

Cuma apa yang aku harapkan

Kasih dan rahmat serta keradhoaan dari-Mu

Teruslah Kau menghidupkan pelita hatiku

Agar aku menjadi seorang hamba-Mu yang taat dan setia

Agar aku tidak malap memikul tanggungjawabku

Walau amanahku terasa berat

Aku sahut dengan keyakinan dan ketakwaan kepada Allah

Amin

Friday, July 30, 2010

31)terlak di anggota badan,menjadi ibu kepada seluruh anggota?
32)terletak di kampung-kampung,badannya turun kebawah,ia memberi sumber minuman kepada manusia?
33)bila keluar ia ikut,tapi bila nak masuk dalam rumah ia tinggalkan diluar sahaja,pelindung kepada diri?
34)aktiviti apa kalau nak main kena cari padang yang paling luas?
35)ianya kecil tetapi banyak maklumat yang boleh disimpan dan boleh dibawa keman-mana sahaja?

tajuk 26-30

26)ada seekor beruang,seekor unta,seekor gajah,mereka berkawan baik.Mereka ingin masuk kedalam sebuah peti bersama-sama.namun,ia tidak berjaya kerana badannya besar.tetapi bagaimanakah caranya mereka ingin menyelesaikan masalah itu.?
27)manusia biasa dapat merasainya saat ini bila sampainya waktu,bertahun lamanya menunggu,tetapi hanya dirasai dengan waktu yang singkat,seluruh manusia lain turut bersama,saat ini amat ditunggukan.apakah gelaran manusia impikan itu?
28)badannya panjang,ikhlas berkerja dengan masyarakat,tetapi bertolak ansur hingga waktu yang ditetapkan,tidak memarahi walaupun manusia menganayainya,ia merupakan tumpuan manusia.apakah itu?
29)kapak boleh digunakan untuk memotong kayu,kapak apa yang boleh melegakan kesakitan?
30)siang dan malam ia muncul,siangnya ia malu malam ia menjadi berseri-seri,ia amat berguna kepada makhluk allah dalam menentukan sesuatu.apa itu?

teka -teki 21-25

21)tangannya ada dua,matanya ada satu?
22)bila kita bercakap dia pun bercakap jugak,bila kita senyap ia pun senyap jugak,?
23)berwarna-warni,amat penting dalam hidup manusia,tidak bernyawa,penggunaanya terhad,ia berfungsi jika tangan berfungsi?
24)mulutnya satu,semua benda dia makan,tetapi badannya tak gemuk-gemuk?
25)ia menangis mengeluarkan air bila manusia perlukannya,kepalanya naik pening bila manusia tak berperikemanusiaan.bila dia sakit manusia pun sakit.apa itu?

teka teki 16-20

16)bermata satu,penting untuk seluruh manusia,perantaraan yang menghubungkan seluruh manusia,apakah ia?
17)bila bersamanya pasti khusyuk,macam-macam maklumat boleh diperolehi,dari dalam dan luar negara,semua generasi boleh menggunakannya.cuba teka apa yang dimaksudkan itu?
18)boleh dibawa kemana-mana sahaja,pelbagai bentuk,makanannya duit,teramat penting kepada seluruh manusia.apakah itu?
19)memudahkan urusan dunia,menjimatkan masa dan wang,kertas amat penting .apakah itu?
20)bila hujung bulan ramai yang meminatinya,sanggup berbaris dari awal pagi,menjalankan pelbagai fungsi,siang berkerja dan malam berkerja.?

teka-teki 10-15

11)berjalan-jalan mencari ketenangan,ia tempat melepaskan tekanan,bila dah selesai terus terasa sihat?

12)wujud sudah lama berkurun-kurun,tiada siapa yang mampu merosakkannya,suci bersih hingga akhir hayat

13)ramai yang menggunakannya untuk masuk,jika melepasinya ia berada didalam.

14) bukan manusia ,tetapi bila sampai waktu solat ia akan solat juga?

15)hidupnya bebas tanpa halangan,senang hati membawa diri di kayangan,bila dipandang terasa tenang.apaka itu?