Thursday, March 10, 2011

akhirnya

allahuakhbar kerana telah mencampakkannya ke dalam diriku
alhamdulillah kerana membuatkan aku mampu bangkit
subahanallah kerana menyedarkan aku dari lena
masyallah kerana telah membentuk satu harapan yang jelas
astghafirullah kerana masih diberi kesedaran sebelum terlambat

segala puji-pujian untukMu ya Ilahi...

diri

jadilah seorang yang peka dengan keadaan
jadilah seorang yang aktif pabila mendengar
jadilah seorang yang bersyukur pabila menikmatinya
jadilah seorang yang bijaksana pabila dicabar
jadilah seorang yang pintar pabila berhujah
jadilah seorang yang sabar pabila ditimpa musibah
jadilah seorang yang berhemah pabila berbicara
jadilah seorang yang memberi dari menerima
jadilah seorang yang berfikir pabila membuat keputusan
jadilah seorang yang 24jam beribadah kepada Allah pabila dikurniakan nafas




hadirnya

mengisi ruang yang bermakna
mengajar hakikat yang hakiki
menjelaskan yang fana dan abadi
memastikan diri dengan penuh tatapan
membezakan antara yang hak dan bathil
mengeluarkan diri dari kegelapan kepada sinar cahaya
membawa erti yang pasti!





realiti

berbuat pada yang ditetapkan
bertindak pada yang diaturkan
bersangka pada yang baik
berfikir pada yang bermanfaat
bersatu pada yang ada
bersama-sama pada yang ingikan
bersaudara pada yang memerlukan
bergembira pada yang dihasilkan



bertentangan

hati nak buat baik
tetapi tingkah laku tidak sepertinya

berkata-kata dengan benar
tetapi tindakan tidak membenarkannya

impikan kejayaan yang terbaik
tetapi usaha hanya menuju kepada yang kurang sempurnanya

diri mahu berbuat kebajikan
tetapi ia dilakukan kerana inginkan pujiannya

lantang menyuarakan isu gah wataknya
tetapi sayang ia hanya penampilan luaran dirinya

hakikatnya penampilan tidak lah sama dengan realiti hakikat....




inginkan

inginkan yang terbaik
inginkan kedamaian
inginkan keselesaan
inginkan kemakmuran
inginkan ketelusan
inginkan kejayaan
inginkan kegembiraan
inginkan kebahagiaan
inginkan kesenangan
inginkan kekayaan
inginkan kemewahan
inginkan kasih sayang
inginkan KEREDHOAN ILAHI!!!!!!!



hati

ia kata benda betul
ia kata benda salah
ia kata nak tunaikan
ia kata tak nak tunaikan
ia tahu
ia buat tak tahu
ia buntu
ia lesu
ia pasrah
ia berserah
ialah yang istimewa