Saturday, April 16, 2011

perjuangan

hakikatnya hidup di alam ini adalah satu perjuangan yang amat mencabar.Hidup dan mati adalah satu ujian dari Ilahi yang Satu.Bagi membezakan siapakah diantaranya yang bertakwa dan tidak. selagi nafas tidak berhenti, selagi itulah diri diuji oleh Allah.Ujiannya adalah untuk menempatkan kita sama ada di syurga mahupun Neraka!!!segala-galanya adalah untuk Mu ya Rabbi.bantu lah Kami dalam memperbetulkan segala-galanya dalam mencari Redho Mu.campak lah Nikmat Kesabaran Dalam diriku ya Allah. Bantu lah kami setiap masa..Kami amat memerlukanMu...Terima Kasih Allah





Thursday, March 10, 2011

peluang

ia hadir hanya sekali
manfaatkan lah ia dengan sebaik-baiknya
tatapinya dengan penuh kehalusan
jujur dan ikhaskanlah dengannya
kerna ia bisa mengubah kehidupanmu
sekarang ianya bagaikan api
namun kelak ia mampu menjadi air
genggamlah ia sampai menjadi debu
pasti kelak ia akan memberi senyuman padamu
bersusah-susah dahulu
bersenang-senang kemudian
jangan biarkan ia dilepaskan dengan sia-sia
kerana penyesalan dikemudian hari TIADA GUNANYA
bangkitlah dalam penuh kesedaran dan keinsafan
ia bermakna buatmu ibu
ia bermakna buatmu ayah
ia bermakna buatmu insan tersayang
ia bermakna buatmu masyarakat
ia bermakna buatmu bangsa
ia bermakna buatmu agama
ia bermakna buatmu bumi
tetapi ingat!!!
jika leka akan membawa malapetaka
jika biarkan akan membawa penyesalan
jika sia-sia akan membawa kesukaran
pastikan ia tidak menyukarkan perjalanan disini
gagal merancang adalah merancang untuk gagal
sedarkan diri dengan akal yang bertunjangkan keimanan
agar hidup tidak tertipu dengan PELUANG!!!!




akhirnya

allahuakhbar kerana telah mencampakkannya ke dalam diriku
alhamdulillah kerana membuatkan aku mampu bangkit
subahanallah kerana menyedarkan aku dari lena
masyallah kerana telah membentuk satu harapan yang jelas
astghafirullah kerana masih diberi kesedaran sebelum terlambat

segala puji-pujian untukMu ya Ilahi...

diri

jadilah seorang yang peka dengan keadaan
jadilah seorang yang aktif pabila mendengar
jadilah seorang yang bersyukur pabila menikmatinya
jadilah seorang yang bijaksana pabila dicabar
jadilah seorang yang pintar pabila berhujah
jadilah seorang yang sabar pabila ditimpa musibah
jadilah seorang yang berhemah pabila berbicara
jadilah seorang yang memberi dari menerima
jadilah seorang yang berfikir pabila membuat keputusan
jadilah seorang yang 24jam beribadah kepada Allah pabila dikurniakan nafas




hadirnya

mengisi ruang yang bermakna
mengajar hakikat yang hakiki
menjelaskan yang fana dan abadi
memastikan diri dengan penuh tatapan
membezakan antara yang hak dan bathil
mengeluarkan diri dari kegelapan kepada sinar cahaya
membawa erti yang pasti!





realiti

berbuat pada yang ditetapkan
bertindak pada yang diaturkan
bersangka pada yang baik
berfikir pada yang bermanfaat
bersatu pada yang ada
bersama-sama pada yang ingikan
bersaudara pada yang memerlukan
bergembira pada yang dihasilkan



bertentangan

hati nak buat baik
tetapi tingkah laku tidak sepertinya

berkata-kata dengan benar
tetapi tindakan tidak membenarkannya

impikan kejayaan yang terbaik
tetapi usaha hanya menuju kepada yang kurang sempurnanya

diri mahu berbuat kebajikan
tetapi ia dilakukan kerana inginkan pujiannya

lantang menyuarakan isu gah wataknya
tetapi sayang ia hanya penampilan luaran dirinya

hakikatnya penampilan tidak lah sama dengan realiti hakikat....




inginkan

inginkan yang terbaik
inginkan kedamaian
inginkan keselesaan
inginkan kemakmuran
inginkan ketelusan
inginkan kejayaan
inginkan kegembiraan
inginkan kebahagiaan
inginkan kesenangan
inginkan kekayaan
inginkan kemewahan
inginkan kasih sayang
inginkan KEREDHOAN ILAHI!!!!!!!



hati

ia kata benda betul
ia kata benda salah
ia kata nak tunaikan
ia kata tak nak tunaikan
ia tahu
ia buat tak tahu
ia buntu
ia lesu
ia pasrah
ia berserah
ialah yang istimewa



Friday, January 14, 2011

kehidupan di alam "bayi"

dirinya amat lemah diketika ini.memerlukan sokongan dan belaian dari insan yang terdekat dan tersayang.kadang-kadang diri ini boleh terjatuh jikalau ia tidak dipapah dengan betul.namun diri ini amat memerlukan kesempurnaan yang fitrah sebagai manusia.usaha yang berterusan pasti akan mendapat hasil yang berkualiti dan bermanfaat setiap masa.namun begitu tidak dapat dinafikan pada saat ini diriku amat memerlukan perhatian,jagaan,kasih sayang dan tunjuk ajar yang teliti dan halus serta berhemah.Hal ini adalah bagi memastikan diri ini tidak terjatuh dan kehidupannya berjalan lancar.Penjagaan yang ikhlas akan menghasilkan sesuatu yang baik dan suci. kini perlahan-lahan langkahku agar aku boleh menjadi bayi yang aktif dan sentiasa proaktif."Ya Allah ketemukanlah daku dengan insan yang benar-benar dapat mencorakku dengan kehendak Mu."ampunkan lah dosa-dosaku ya Ilahi.





Sunday, January 09, 2011

matlamat 2011

1)mencatatkan dan melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat untuk tahun ini demi Ilahi

2)memikul amanah dengan jayanya tanpa keluh kesah dan terburu-terburu semata-mata untuk Mu ya Rabbi

3)memupuk sifat sabar dan tabah dalam menghadapi hari-hari yang akan mendatang.

*apa yang ada pada ku adalah anugerah dari Ilahi yang akan dikembalikan suatu hari kelak.oleh itu,jangan lah anda tertipu pada diri sendiri.selamat menjalani kehidupan dengan hati yang tenang dan sabar.agar kembalinya kelak ke alam hakiki tidak ada penyesalan......