Monday, August 30, 2010

teka-teki 31-35(jawapan)

31)terlak di anggota badan,menjadi ibu kepada seluruh anggota?(ibu jari)

32)terletak di kampung-kampung,badannya turun kebawah,ia memberi sumber minuman kepada manusia?(perigi@telaga)

33)bila keluar ia ikut,tapi bila nak masuk dalam rumah ia tinggalkan diluar sahaja,pelindung kepada diri?(selipar @ kasut)

34)aktiviti apa kalau nak main kena cari padang yang paling luas?(golf)

35)ianya kecil tetapi banyak maklumat yang boleh disimpan dan boleh dibawa keman-mana sahaja?(pen drive @ external)



teka-teki 26-30(jawapan)

26)ada seekor beruang,seekor unta,seekor gajah,mereka berkawan baik.Mereka ingin masuk kedalam sebuah peti bersama-sama.namun,ia tidak berjaya kerana badannya besar.tetapi bagaimanakah caranya mereka ingin menyelesaikan masalah itu.?
(masuk lah secara bergilir-gilir)

27)manusia biasa dapat merasainya saat ini bila sampainya waktu,bertahun lamanya menunggu,tetapi hanya dirasai dengan waktu yang singkat,seluruh manusia lain turut bersama,saat ini amat ditunggukan.apakah gelaran manusia impikan itu?(raja sehari@pengantin baru)

28)badannya panjang,ikhlas berkerja dengan masyarakat,tetapi bertolak ansur hingga waktu yang ditetapkan,tidak memarahi walaupun manusia menganayainya,ia merupakan tumpuan manusia.apakah itu?(komuter @lrt)

29)kapak boleh digunakan untuk memotong kayu,kapak apa yang boleh melegakan kesakitan?(minyak cat kapak)

30)siang dan malam ia muncul,siangnya ia malu malam ia menjadi berseri-seri,ia amat berguna kepada makhluk allah dalam menentukan sesuatu.apa itu?(bulan)




teka-teki 21-25(jawapan)

21)tangannya ada dua,matanya ada satu?(jam tangan)

22)bila kita bercakap dia pun bercakap jugak,bila kita senyap ia pun senyap jugak,?(mikrofon)

23)berwarna-warni,amat penting dalam hidup manusia,tidak bernyawa,penggunaanya terhad,ia berfungsi jika tangan berfungsi?(pen)

24)mulutnya satu,semua benda dia makan,tetapi badannya tak gemuk-gemuk?(tong sampah)

25)ia menangis mengeluarkan air bila manusia perlukannya,kepalanya naik pening bila manusia tak berperikemanusiaan.bila dia sakit manusia pun sakit.apa itu?(kepala paip)





teka-teki 16-20(jawapan)

16)bermata satu,penting untuk seluruh manusia,perantaraan yang menghubungkan seluruh manusia,apakah ia?(televisyen)

17)bila bersamanya pasti khusyuk,macam-macam maklumat boleh diperolehi,dari dalam dan luar negara,semua generasi boleh menggunakannya.cuba teka apa yang dimaksudkan itu?(komputer)

18)boleh dibawa kemana-mana sahaja,pelbagai bentuk,makanannya duit,teramat penting kepada seluruh manusia.apakah itu?(telifon mudah alih)

19)memudahkan urusan dunia,menjimatkan masa dan wang,kertas amat penting .apakah itu?(faksimile)

20)bila hujung bulan ramai yang meminatinya,sanggup berbaris dari awal pagi,menjalankan pelbagai fungsi,siang berkerja dan malam berkerja.?(mesin ATM)




teka-teki 11-15(jawapan)

11)berjalan-jalan mencari ketenangan,ia tempat melepaskan tekanan,bila dah selesai terus terasa sihat?(taman reakreasi)

12)wujud sudah lama berkurun-kurun,tiada siapa yang mampu merosakkannya,suci bersih hingga akhir hayat(al-Quran)

13)ramai yang menggunakannya untuk masuk,jika melepasinya ia berada didalam.(pintu)

14) bukan manusia ,tetapi bila sampai waktu solat ia akan solat juga?(kain sembahyang)

15)hidupnya bebas tanpa halangan,senang hati membawa diri di kayangan,bila dipandang terasa tenang.apaka itu?(burung)



teka-teki 6-10(jawapan)

6)ianya kecil tetapi bila ia bergesel akan menghasilkan api?(mancis)

7)bila panas langsung tak diingatkan,bila muncul air ia dicari-cari?(payung@baju hujan)

8) wujud hanya sekali,bila pergi tak akan kembali lagi?(ibu bapa)

9)ia muncul pada waktu malam sahaja,bila ingin melihatnya perlu mendongak ke atas?(bintang)

10)walaupun saiz badannya kecil,bila terkena pada badan manusia tak boleh duduk diam? (semut)








teka-teki 1-5(jawapan)

1) apakah ia jauh dimata dekat dihati(usus)

2)bandannya bersegi empat,digunakan untuk mencurahkan rasa hati(kertas)

3)kakinya empat,bila badan terasa letih ia di perlukan(katil)

4)Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?(tapak sulaiman)

5)Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun? (umur)












Saturday, August 28, 2010

ukhwah...

27/08/10

nak pergi fklty pun susah...
nasib baik pak cik driver spek mata itam baik hati...
kami dah decide nak jalan kaki...
dalam hati biar betul nak jalan kaki ni...sebelum tuh pose macam2 ada...
seronok rasanya..aku memang gemar sangat2 bergambar....
bila kat latar...
lagi meriah suasananya...
satu bacthe kan join....(4org takjoin)
aku bergambar,bergambar,bergambar dan bergambar....
maklum lah hantu bergambar...
kan pakai baju raya.....
yang penting bunga baju aku tu banyak masuk gambar kan....
macam2 gelagat ada...
kami makan sama2..
kenyang sangat2....
sampai nak termuntah....nak solat punya lah jauh...
solat pun dah penghujung bicara...
maafkan daku ya Allah....
kami sampai kat bilik pukoul 10pm....lama betul majlis berbuka tu kan....
hari yg sama kami dilanda bencana alam "keranah driver bus(sengal!!!!)"
whatever....














mendaki

8/8/2010
Bukit Broga....

bergerak seawal pagi. Bermatlamatkan ingin melihat kekuasaan Allah.Bersama-sama dalam pendakian. After solat subuh maka bermula lah perjalanan kami.First time melalui saat pendakian.ternyatalah amat sukar...rintangan dan halangan ku tempuhi dengan mengharapkan pertolongan dari Allah.diriku hampir2 mengalah...namun sokongan dari sahabat-sahabatku memberi semangat kembali untuk meneruskan.

sampai ke puncak adalah matlamatku.
nikmat dari ALLah semuanya..
meman menakjubkan...
ALLAH MAHA BESAR....
tiba dibawah pada pukul 9.20..
bukan nya tinggi sangat 400m ajear...



di atas sana








harapan

hari-hari kuharapkan
namun punyai rintangan
onakranjau yg penuh berliku
tetapku usahakannya
kekuatan hakiki diperlukan
tanpa kenal erti penatlelah
amat sukar untuk ditembusi
hanya berbekalkan satu kesabaran!

sering kali kumemberi harapan
harapan yang meninggalkan harapan
ku terimanya dengan pasrah
sedar kerna ia satu ketetapan yg hakiki
syukur dilafazkan

melepasi hari demi hari
hanya itu yangku harapkan
iringkan rahmat dan redhoMu
hanya mengharapkan ia telus dan qudus

rakusnya dengan alam disini
hingga harapan berkecai
segala-galanya adalah ketentuanMu
ya Alim maha Mengetahui



Thursday, August 12, 2010

jujur

sepanjang mengikuti kelas sastera Multimedia...
first day kelas tu dah dapat ilmu baru
antaranya mengajar daku tetang kepentingan masa.
mendidik diri ini menjadi seorang yg berdisiplin..
misalnya setiap kuliah mestilah sampai sharp pada waktunya...
"masa itu emas"
sepanjang menjalani kuliahnya...
memang seronok dan menyeronokkan lagi...so funny....tak skema ah makna katannya
walaupun kerja banyak namun itu semua perkara yg perlu dipikul dengan sebaik-baiknya...amanah tetap amanah...
mengajar erti hidup bekerjasama dalam kehidupan didunia ini.kerjasama amat dititikberatkan...
boleh mengcukil bakat yg terpendam selama ini khususnya sewaktu ingin menyelesaikan tugasannya....kuliah paling sempoii tapi dapat mengubah diri seseorang...
suka stail pembelajarnnya...
efektif, efisien dan sistematik....
penat tetap penat....
akhir sekali mintak halal segala ilmu yg dicurahkan itu...
jutaan terima kasih ku ucapkan...
damn memohon maaf jikalau ada melakukan kesalahan dan kesilapan Dr yea...
kenang daku dalam doamu...
have a nice day....










Friday, August 06, 2010

saya bangga dapat benda baru ari ini.sungguh tak sangka aku dapat belajar it sampai macam ni kan...macam-macam ada kan...berbaloi aku ambik sastera multimedia sem ni...bagus-bagus Dr NOrmalizakan..sayang dia....



Monday, August 02, 2010

makan tengah hari

apa aku nak makan hari ini ya???
kat foodcourt tak banyak pilihan lah....
buntu...buntu...buntu....
tapi lapar sedang melanda diri aku ini...
dah hampir tiga tahun ni makan ayam goreng ajear..bahaya-bahaya makan ayam banyak ni...
tak makan ayam nak makan apa lagi kan....
sesungguhnya aku harus bersyukur dengan apa yang ada...
ingat!tempat yang kekurangan makanan tu macam mana lah kan???
ya allah ampunkan lah aku......
so,hari ini aku makan dengan ayam goreng sahaja...dan kuah....jumlahnya rm5.50....adakah ia berpatutan atau tidak....kalau nak murah masaklah sendirikan apa susahnya....
janji ia boleh mengenyangkan aku dan memberi tenaga untuk aku melaksanakan ibadah kepada Allah....mardhotillah.....

hari bahagia

bulan puasa pun belum tiba lagikan...aku dah fikir nak sambut hari raya....hari raya lah hari yang amat bermakna bagi aku....aku nak bersama-sama dengan insan tersayang...yang lagi best aku nak makan banyak-banyak....nak duit raya....PERASAan macam-macam dah timbul ni sebelum tiba saat nak beraya nanti.Tapi baju raya aku dah jahit dah...semangat katakan nak raya.
Nak buat biskut raya dengan umi....walaupun kakak aku dah beli banyak kuih raya cap 'tunjuk' ...Sebenarnya saat inilah aku dapat berkumpul ramai-ramai di antara sanak saudara yang sudah lama terpisah..(amat merinduinya) kerana pasti semua cuti time ni....semua perasaan yang terbuku dihati dapat dicurahkan.....dapat bercerita....dapat bergambar yang menjadi bestnya....apa-apa pun aku mampu bermohon pada Allah mengurniakan kesihatan dan panjangkan umur ku agar dapat menyambut hari Raya dengan hati yang gembira.sabar lah dalam menunggu ketibaan hari raya tersebut...harapan aku semoga hari raya pada tahun ini lebih membawa makna berbanding dengan tahun-tahun yang lepas.....coming soon....

percutian

bila tiba time cuti-cuti mesti fikir nak buat aktiviti yang menarik untuk memenuhi peluang cuti tersebut....Time cutilah nak lepaskan tekanan yang memenuhi ruang diriku ini...aku suka bila cutikan! pergi bercuti dengan kawan ramai-ramai....nak pergi ngan family pun diaorang asyik ada kerja jer kan memanjang...kalau pun diaorang cuti just nak tidur kat rumah jer...tak best lah macam ni kan....tak ada pengisian yang berkualitikan....aku suka pergi bercuti kat pantai-pantai,air terjun dan tempat-tempat bersejarah.....kalau pergi dengan kawan-kawan memang amat meriah sekali suasananya.Disamping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami...Aku sayang kan kawan-kawan aku yang sama-sama belajar masa tingkatan 6 dulu..Dia orang semua baik-baik and low profile....
nanti cuti akan datang kita pergi tempat yang lagi menarik.....Mengisi waktu percutian dengan penuh makna akan membuatkan diri aku senang.Dan dapat memberi semangat untuk aku terus hidup......best!!!!cuti-cuti malaysia

alam kampus

aku amat gembira pada hari keputusan kelulusan masuk IPTA....umi lah insan yang pertama-tama yang mengetahuinya....Umi ku hanya mengucapkan kesyukuran pada Allah....akhir aku dapat menghadiahkan kejayaan itu pada umi....tenang dan senang hati aku melihatnya.....

tanggal 28.6.2008....
aku menjejaki kaki diunerversiti ini dengan hati yang girang,ceria,excited dan so on lah....aku ditemani oleh mak,ayah,kakak and family.....tetapi bila sampai saat dah nak kena tinggal amat-amat menyedihkan....tapi buat slumber ajear tak nak bagi diaorang dapat kesan aku punya perasaan lah kan...nanti malu lak kalau nangis kan....
bila dah semua balik tinggalkan aku disini kat bumi KPZ ni amat lah terasa kesunyian,kehampaan,kesedihan dan kepenatan.....
nak nangis kuat-kuat rasa tapi aku dapat kawal emosi yang entah apa-apa itu.....
maka bermulah kisah hidup baruku di alam kampus ini...
kawan baru,tempat baru,dan semuanya baru......
macam-macam ada kat sini....
ini lah hakikat alam realiti
......kuatkan diri untuk menghadapi alam dikampus ini...
pelbagai jenis cabaran yang ada kat sini....segala-galanya bermula disini....

jihad

aku diciptakan oleh ALlah untuk beribadah kepadanya setiap masa.Itu lah aku punya tanggung jawab yang paling besar kan 'disini'....Tapi macam mana ibadah yang Allah terima yea??
adakah aku sekadar mengucap dua kalimah syahadah,solat lima waktu sehari semalam,berpuasa di bulan ramadhan,mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika berkemampuan?????..... adakah aku boleh masuk syurga Allah yang amat indah itu kelak.....?????
so kenapa zaman nabi dulu sampai nyawa mereka terancam kan.berlapar.kurang tidur pada waktu malam dan berjihad harta dan diri...Ya Allah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah....
ya allah berilah petunjuk keatas diriku ini agar aku mendapat redho Mu...aku adalah seorang hamba abdiMU(taat dan sujud) sahaja....
aku tidak memiliki apa-apa....Aku hanya meminjamkan sahaja dari Mu...tetapi adakah aku menghargai pinjaman itu dan menjaga sebaik-baiknya.
Jihad amat memerlukan pengorbanan yang banyak.
Sanggup melakukan apa sahaja demi Allah yang Esa tika senang dan sempit.Ingat kita akan kembali kepada Nya jua.Berjihad lah sewaktu kita wujud di alam ini demi ALlah dan Agama....

amanah dan ikhlas

amanah dan ikhlas????bila perlu amanah???bila perlu ikhlas???....amanah dengan siapa yang paling penting.Apa kesan dan manfaat jika aku amanah dan ikhlas? sebenarnya amanah ini bila waktu yang nak di aplikasikannya.Boleh ke, jika kita lakukan dengan pura-pura amanah ngan ikhlas ni.PURA-PURA???

yakni amanah bila depan orang ramai saja....tapi bila manusia lain tidak ada di sekitarnya amanah dan ikhlas melarikan diri...Kenapa ini boleh terjadi....apakah semua ini.Ini amanah dan ikhlas jenis apa??

amanah lawannya khianat...
ikhlas lawannya apa yea???amanah ni macam-macam makna ada kan mengikut kefahaman dan persepsi setiap individu tersebut.misalnya Jika kita diberikan kepercayaan oleh orang lain...tetapi kita tidak menjaga amanah kepercayaan orang itu pada kita... apa lah agak-agaknya terjadikan???apa-apa yang nak buat itu, kena fikirkan juga jika kita berada di situasi itu....
oooo amat pentinglah amanah ini dalam hidup agar manusia sesama manusia tidak berkelahi...maka impaknya akan wujudlah kedamaian dan apa yang penting menghindari dari sifat mazmumah(dengki,iri hati,ujub,takabur,dan banyak lagi.....)

wahai teman-teman hindarilah daripada diri kita terjebak dengan perkara yang dapat menjadikan diri kita rugi di hari 'kelak'....
manfaatkan dan aplikasilah sifat-sifat yang mulia(mahmudah) dalam hidup seharian agar diri kita menjadi seorang yang amanah dan ikhlas....sayangilah diri anda....kerana anda adalah makhluk ALLAH yang terbaik...hidup hanya satu kali sahaja

sahabat atau kawan

aku manusia biasa..aku inginkan kebahagiaan...aku tak mampu untuk hidup keseorangan.Namun allah baik kerana telah mengurniakan rahmat kasih sayangnya ke dalam hidup ini melalui telah menganugerahkan sahabat atau kawan bagi mengisi kehidupan di dunia ini.walaubagaimana pun,kita harus sentiasa ingat bila-bila masa Allah boleh menarik balik rahmatnya kan.Hal in membukti kan bahawa hanya Allah sahaja tempat untuk ku bergantung.....
ya Allah
Aku memerlukan sahabat yang sering kali mengingatkan aku dengan Allah.
aku inginkan sahabat yang tidak menjadikan aku lalai dengan ALlah
aku mahukan sahabat yang boleh melindungi diriku dari menjadi seorang yang bersifat mazmumah....segala-galanya datang dari diri sendiri.....jika kita baik hati ramai lah kawan kita nanti....Apa-apa pun kita haruslah berhati-hati dalam melayari bahtera kehidupan ini..Sentiasa peka agar kita tidak dipergunakan oleh sahabat atau kawan.manusia memang cepat berubah.....itulah anehnya ciptaan manusia ini....manusia adalah makhluk allah yang terbaik.....
sayangilah sahabat-sahabat anda
friendship forever......

mak

banyak pesanan mak kepadaku,banyak pengorbanan mak padaku,banyak leteran mak padaku,dan banyak dan banyak lagi tetapi kadang-kadang aku sakit telinga jugak bila asyik mendengar leteran mak kan....
mak!!!!ku mengerti itu semua untuk bekalan aku didunia ini setelah mak tinggalkan nanti

.Walaupun ia pedih namun ia tetap bermakna...

bila perpisahan antara mak dengan aku terjadi....namun aku tidak nafikan bahawa aku amat rindukan mak...asyik terdengar suara merdu makkk saja.sudah tidak ada lagi insan yang sanggup berleter padaku lagi,aku sunyi,aku bosan,aku lemah dan aku kaku....
mak asyik wajah mu yang ku bayangi....

mak usiamu makin bertambah,aku masih lagi menuntut di IPT....
sempat atau tidak aku berbakti dan berjasa kepadamu....
tanpamu aku tidak mengenali alam ini yang amat menakjubkan mak...

namun hingga hari ini aku tidak pernah mendengar mak merungut kepenatan,kesakitan,kelaparan,keletihan,kebuntuan, yang keluar dari mulutnya..tabahnya mak aku ni kan....
tetiba teringat kadang-kadang aku tak mampu nak laksanakan suruhan dan kehendak dia.....

pada saat itu aku tak pernah fikir yang dia sedih atau tidak dengan kerenah atau tingkah laku aku kan...
tetapi bila aku sakit tak boleh tidur..dia pun sama tak tidur jugak...mukannya amat gelisah kerana tak sanggup untuk tengok anak dia mengalami kesakitan...

tapi adakah aku sanggup lakukan seperti itu padamu ibu.....
kadang-kadang aku terfikir lah jugak kan...
macam mana lah anak boleh maki hamun mak????
anak boleh lupakan mak????
yang dasyat bila time anak kuar makan kat restoran yang masyhul yang masakan sedap-sedap hingga menjilatkan jari kata kan...then, masa balik umah tu langsung tak belikan makanan itu untuk mak sekali(ibu sanggup berlapar demi anak-anak)....tentu mak sedihkan mak.....

mak moga Allah merahmatimu,membalas jasamu dan menjauhimu dari azab api neraka.....
tiba-tiba hatiku sayu terkenangkan saat-saat bersama-samamu mak...saya rindu mak...
hanya engkau lah yang dapat memahami segala-galanya terhadap diriku ini.....
aku ingin memelukmu dan mencium dahimu mak....
maafkan segala kesalahan yang diriku telah melakukan padamu mak......ibu kau lah ratu hatiku....moga Allah sentiasa melindungimu.sayanggg mak setiap masa.jutaan terima kasih ku ucapkan padamu.....kan ku gapai impian agar dapat membalas pengorbananmu dan membentuk ukiran senyuman kegembiraanmu terhadap kejayaanku..aminnnn

cinta

Indah dan suci murni sebuah cinta.Seluruh manusia inginkan sifat cinta ini dalam dirinya.Cinta melahirkan satu sifat abstrak yakni kasih sayang diantara satu sama lain iaitu umumnya antara golongan wanita dengan golongan lelaki,antara keluarga sesama ahli keluarga dan antara binatang dengan manusia.
Ini kisah cinta wanita dengan lelaki di alam realiti ini, Bila dah dapat cinta dari lelaki hidup ini rasa 'ana yang punya'.Cinta diterima katakan.Pada awalnya memang malu-malu kucing lah kan tetapi bila dah biasa memang langsung dah tak malu dah.Hingga kan bila bersama si dia langsung tak pandang kawan-kawan yang lalu disebelahnya ini sama ada perasan ataupun tidak lah yea.Power punya cinta ni kan!!!!.Sanggup berkorban demi menjaga kebahagiaan hubungan percintaan itukan.Berkorban duit,masa,tenaga,dan sewaktu dengan nya lagi.Persoalan pengorbanan untuk ibu macam mana???
Lagi best kan bila time makan mereka bersama-sama makan malah berkongsi pulak makanan itu. Beli hanya satu sahaja.Romantik nya hidup mereka kan.Jimat pun ada kan.Bagus lah amalan berjimat cermat yang diamalkan oleh mereka itu..semoga kekal hingga ke anak cucu lah hubungan mereka itu.Tetapi jangan lah pulak bila dah dapat anak dah jadi 'kau-kau' 'aku-aku'.Ada yang berani tu membuat aksi dan adegan yang memalukan diri sendiri di khalayak ramai.Pening-pening...mengalahkan orang yang dah kahwinkan..Yang aku musykil nya mereka rasa macam mana yea bila dia bersama-sama teman yang akan menemani hidupnya itu beraksi 'panas'....pada kesempatan ini wahai sahabat-sahabatku, marilah sama-sama cuba kita hayati dan jiwai nikmatnya cinta kepada ALLAH,RASUL,IBU BAPA,DIRI DAN insan yang sepatutnya(mentaati sedaya upaya perintah Allah).Carilah cinta yang lahir dari sisi Allah.Allah lah yang maha penyayang daripada yang maha penyayang.Serah lah hati kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui siapa yang berhak mencintai diri kita.LOVE ALLAH AND ISLAM ALWAYS

aku dan Dia

Hari pertama aku disini aku menangis teresak-esak. soklan pertama Aku lahir kesini buat apa yea?Disini sanggup aku berlumba-lumba bersama rakan yang lain.. Akhirnya dari yang berjuta-juta itu aku yang menang.Hebat!!!!!tapi....adakah aku muncul disini suka-suka sahaja. INGAt kamu dah ada perjanjian dengan Dia....EMHHH.....terlaksana atau tidak agaknya.Tarik nafas panjang lalu dihembusnya.Allah Huakhbar....banyak nikmat aku dapat secara percuma tetapi ada masa aku lupa benda yang diberi degan percuma itu.Aku banyak merungut bila Dia bagi tekanankan.Tetapi jika dia bagi aku nikmat aku melompat-lompat....adakah aku lupakan itu dari Dia???Betul kah cara aku ini.Kadang-kadangkan bila aku bersama-sama kawan-kawan aku! aku lalai dari mengingati Dia.....Ya ALLAH banyak nya kesalahan aku lakukan pada Dia.Dia Amat baik,amat penyanyang,Amat pemurah,dan Penyabar....Asalnya pada mulanya aku mati,lepas itu aku dihidupkan dan aku dimatikan pula dan akan dihidupkan kembali(amat mengerikan dan menakjubkan proses ini)aku terfikir juga apa nak buat ni kan atas alam ini kan,adakah berhibur?adakah mengejar pangkat darjat?adakah inginkan pujian dari sisi manusia yang tak mempunyai apa-apa kuasa??adussssss amat banyak persoalannya...Tapi adakah Dia Redhoakan aku....maafkan aku,,,aku sedih...aku takut...maafkan aku