Thursday, March 10, 2011

peluang

ia hadir hanya sekali
manfaatkan lah ia dengan sebaik-baiknya
tatapinya dengan penuh kehalusan
jujur dan ikhaskanlah dengannya
kerna ia bisa mengubah kehidupanmu
sekarang ianya bagaikan api
namun kelak ia mampu menjadi air
genggamlah ia sampai menjadi debu
pasti kelak ia akan memberi senyuman padamu
bersusah-susah dahulu
bersenang-senang kemudian
jangan biarkan ia dilepaskan dengan sia-sia
kerana penyesalan dikemudian hari TIADA GUNANYA
bangkitlah dalam penuh kesedaran dan keinsafan
ia bermakna buatmu ibu
ia bermakna buatmu ayah
ia bermakna buatmu insan tersayang
ia bermakna buatmu masyarakat
ia bermakna buatmu bangsa
ia bermakna buatmu agama
ia bermakna buatmu bumi
tetapi ingat!!!
jika leka akan membawa malapetaka
jika biarkan akan membawa penyesalan
jika sia-sia akan membawa kesukaran
pastikan ia tidak menyukarkan perjalanan disini
gagal merancang adalah merancang untuk gagal
sedarkan diri dengan akal yang bertunjangkan keimanan
agar hidup tidak tertipu dengan PELUANG!!!!




akhirnya

allahuakhbar kerana telah mencampakkannya ke dalam diriku
alhamdulillah kerana membuatkan aku mampu bangkit
subahanallah kerana menyedarkan aku dari lena
masyallah kerana telah membentuk satu harapan yang jelas
astghafirullah kerana masih diberi kesedaran sebelum terlambat

segala puji-pujian untukMu ya Ilahi...

diri

jadilah seorang yang peka dengan keadaan
jadilah seorang yang aktif pabila mendengar
jadilah seorang yang bersyukur pabila menikmatinya
jadilah seorang yang bijaksana pabila dicabar
jadilah seorang yang pintar pabila berhujah
jadilah seorang yang sabar pabila ditimpa musibah
jadilah seorang yang berhemah pabila berbicara
jadilah seorang yang memberi dari menerima
jadilah seorang yang berfikir pabila membuat keputusan
jadilah seorang yang 24jam beribadah kepada Allah pabila dikurniakan nafas




hadirnya

mengisi ruang yang bermakna
mengajar hakikat yang hakiki
menjelaskan yang fana dan abadi
memastikan diri dengan penuh tatapan
membezakan antara yang hak dan bathil
mengeluarkan diri dari kegelapan kepada sinar cahaya
membawa erti yang pasti!





realiti

berbuat pada yang ditetapkan
bertindak pada yang diaturkan
bersangka pada yang baik
berfikir pada yang bermanfaat
bersatu pada yang ada
bersama-sama pada yang ingikan
bersaudara pada yang memerlukan
bergembira pada yang dihasilkan



bertentangan

hati nak buat baik
tetapi tingkah laku tidak sepertinya

berkata-kata dengan benar
tetapi tindakan tidak membenarkannya

impikan kejayaan yang terbaik
tetapi usaha hanya menuju kepada yang kurang sempurnanya

diri mahu berbuat kebajikan
tetapi ia dilakukan kerana inginkan pujiannya

lantang menyuarakan isu gah wataknya
tetapi sayang ia hanya penampilan luaran dirinya

hakikatnya penampilan tidak lah sama dengan realiti hakikat....




inginkan

inginkan yang terbaik
inginkan kedamaian
inginkan keselesaan
inginkan kemakmuran
inginkan ketelusan
inginkan kejayaan
inginkan kegembiraan
inginkan kebahagiaan
inginkan kesenangan
inginkan kekayaan
inginkan kemewahan
inginkan kasih sayang
inginkan KEREDHOAN ILAHI!!!!!!!



hati

ia kata benda betul
ia kata benda salah
ia kata nak tunaikan
ia kata tak nak tunaikan
ia tahu
ia buat tak tahu
ia buntu
ia lesu
ia pasrah
ia berserah
ialah yang istimewa