Monday, August 02, 2010

hari bahagia

bulan puasa pun belum tiba lagikan...aku dah fikir nak sambut hari raya....hari raya lah hari yang amat bermakna bagi aku....aku nak bersama-sama dengan insan tersayang...yang lagi best aku nak makan banyak-banyak....nak duit raya....PERASAan macam-macam dah timbul ni sebelum tiba saat nak beraya nanti.Tapi baju raya aku dah jahit dah...semangat katakan nak raya.
Nak buat biskut raya dengan umi....walaupun kakak aku dah beli banyak kuih raya cap 'tunjuk' ...Sebenarnya saat inilah aku dapat berkumpul ramai-ramai di antara sanak saudara yang sudah lama terpisah..(amat merinduinya) kerana pasti semua cuti time ni....semua perasaan yang terbuku dihati dapat dicurahkan.....dapat bercerita....dapat bergambar yang menjadi bestnya....apa-apa pun aku mampu bermohon pada Allah mengurniakan kesihatan dan panjangkan umur ku agar dapat menyambut hari Raya dengan hati yang gembira.sabar lah dalam menunggu ketibaan hari raya tersebut...harapan aku semoga hari raya pada tahun ini lebih membawa makna berbanding dengan tahun-tahun yang lepas.....coming soon....

No comments:

Post a Comment