Monday, August 02, 2010

cinta

Indah dan suci murni sebuah cinta.Seluruh manusia inginkan sifat cinta ini dalam dirinya.Cinta melahirkan satu sifat abstrak yakni kasih sayang diantara satu sama lain iaitu umumnya antara golongan wanita dengan golongan lelaki,antara keluarga sesama ahli keluarga dan antara binatang dengan manusia.
Ini kisah cinta wanita dengan lelaki di alam realiti ini, Bila dah dapat cinta dari lelaki hidup ini rasa 'ana yang punya'.Cinta diterima katakan.Pada awalnya memang malu-malu kucing lah kan tetapi bila dah biasa memang langsung dah tak malu dah.Hingga kan bila bersama si dia langsung tak pandang kawan-kawan yang lalu disebelahnya ini sama ada perasan ataupun tidak lah yea.Power punya cinta ni kan!!!!.Sanggup berkorban demi menjaga kebahagiaan hubungan percintaan itukan.Berkorban duit,masa,tenaga,dan sewaktu dengan nya lagi.Persoalan pengorbanan untuk ibu macam mana???
Lagi best kan bila time makan mereka bersama-sama makan malah berkongsi pulak makanan itu. Beli hanya satu sahaja.Romantik nya hidup mereka kan.Jimat pun ada kan.Bagus lah amalan berjimat cermat yang diamalkan oleh mereka itu..semoga kekal hingga ke anak cucu lah hubungan mereka itu.Tetapi jangan lah pulak bila dah dapat anak dah jadi 'kau-kau' 'aku-aku'.Ada yang berani tu membuat aksi dan adegan yang memalukan diri sendiri di khalayak ramai.Pening-pening...mengalahkan orang yang dah kahwinkan..Yang aku musykil nya mereka rasa macam mana yea bila dia bersama-sama teman yang akan menemani hidupnya itu beraksi 'panas'....pada kesempatan ini wahai sahabat-sahabatku, marilah sama-sama cuba kita hayati dan jiwai nikmatnya cinta kepada ALLAH,RASUL,IBU BAPA,DIRI DAN insan yang sepatutnya(mentaati sedaya upaya perintah Allah).Carilah cinta yang lahir dari sisi Allah.Allah lah yang maha penyayang daripada yang maha penyayang.Serah lah hati kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui siapa yang berhak mencintai diri kita.LOVE ALLAH AND ISLAM ALWAYS

No comments:

Post a Comment